REMPAH KARI AYAM

REMPAH KARI AYAM

Friday, January 21, 2011

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Khas buat semua Penggemar Masakan Kelantan...

Buat pertama kalinya, saya ingin memperkenalkan kari atau rempah ratus yang paling 'famous' di Kelantan iaitu REMPAH KARI MASAKAN KELANTAN... atau lebih dikenali di Kelantan dengan nama "Repoh Cap ORE PEREMPUAN Masok" atau "Repoh Cik Senah Cik Mat"....

Asal usul rempah ini adalah hasil ramuan daripada turun terumun nenek saya iaitu Che Sepiah. Beliau amat meminati bidang masakan dan selalu mengikuti majlis jamuan diraja ketika muda-muda dulu. Beliau mencuba ramuan sendiri seperti makanan dalam istana Kelantan, dirumah. Sedikit demi sedikit, beliau membuat sendiri ramuan rempah ratus ini. Segala kemahiran beliau dan resepi ini, beliau perturunkan secara rasminya kepada Bonda Tercinta saya iaitu Bonda Hasnah Binti Salleh dan Ayahanda Tercinta saya, Ayahanda Mohamed Bin Samad.

Ayahanda dan Bonda saya suka berniaga. Sejak mereka berkahwin sehinggalah mereka tiada kini, semangat juang dalam bidang perniagaan telah meresap ke dalam jiwa kami adik-beradik. Ketiga-tiga abang saya, Ahmad Sharifuddin, Ahmad Razin dan Ahmad Suhaimi mewarisi bakat perniagaan daripada mereka. Apatah lagi saya, yang memang sejak dibangku sekolah lagi minat berniaga.

Dengan kemahiran zaman teknologi kini, saya mengambil peluang ini untuk memperluaskan perniagaan kami melalui internet. Diharap dengan adanya kecanggihan teknologi jalur lebar ini akan memudahkan urusan jual beli dan pemasaran produk kami.

Insya'ALLAH....